Bendera FBKTNo1 Berkibar Megah di CITREX 2021

Penyelidik Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan iaitu ChM Ts Dr Nor Hakimin Bin Abdullah, Ts Dr Teo Pao Ter dan ChM Ts Dr Abdul Hafidz Bin Yusoff telah berjaya memenangi 3 pingat emas dalam pertandingan 11th Creation, Innovation, Technology & Research Exposition 2021 (CITREX 2021) anjuran UMP Malaysia yang telah diadakan secara virtual.

ChM Ts Dr Nor Hakimin Bin Abdullah turut berjaya memenangi Anugerah Khas (Anugerah Teknologi Hijau) melalui kajian dan inovasi “Waste to Wealth; A Novel Biodegradable Composites from Agriculture Waste for Drug Delivery (BioCellz-462)”. Kajian ini melibatkan pengalikasian konsep ‘sisa kepada kekayaan’ melibatkan penghasilan biokomposit daripada sisa batang sawit yang mampu digunakan dalam untuk penghantaran ubat secara oral.

Diharapkan semoga kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penyelidik ini akan menjadi pembakar semangat untuk terus maju di masa hadapan.

Disediakan oleh,

ChM Ts Dr Nor Hakimin Bin Abdullah